Kenali Azrin

AZRIN ANAS merupakan penulis, penceramah, dan pakar motivasi dan kewangan. Berbekalkan dengan segulung ijazah sarjanmuda yang dalam bidang perbankan yang diiktiraf oleh Universiti Teknologi MARA di Arau, Perlis. Beliau juga berjaya meneruskan impiannya untuk bergelar seorang juruterbang.

Dengan kelayakan yang beliau miliki dari Asia Pacific Flight Training (APFT) Kota Bharu, Kelantan, beliau telah diberikan lesen dan kebenaran untuk menerbangkan pesawat udara komersil ATPL Frozen (Airline Transport Pilot License). Beliau juga seorang yang berpengalaman luas didalam sektor perbankan selama lebih kurang 3 tahun sebelum memulakan karier beliau sebagai usahawan dan juga pakar dalam bidang pelaburan.

   Bidang keusahawanan adalah bidang yang tidak asing lagi bagi beliau sejak dari bangku sekolah lagi sehinggalah kini. Telah menjadi asam garam dalam hidupnya apabila beliau juga pernah gagal dalam beberapa perniagaan tetapi sering tidak berputus asa untuk mengejar cita-cita sebagai seorang jutawan. Pengalaman beliau ini telah dijadikan sebagai guru yang paling baik untuk beliau berkongsi dan menjana kewangan dengan lebih efektif dengan orang ramai. 

Diantara portfolio perniagaan dan pelaburan beliau termasuklah perniagaan runcit, borong, pelaburan hartanah, saham amanah dan yang menjadi keutamaan beliau sehingga kini ialah pelaburan emas.

Sehingga hari ini beliau masih aktif menjalankan beberapa seminar berkaitan kewangan dan pelaburan terutamanya berkaitan EMAS. Anda juga boleh melayari laman web rasmi beliau di www.azrinanas.com sebagai langkah alternatif untuk mencari idea dalam perniagaan dan tip-tip motivasi, perniagaan dan pelaburan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua kerana masih menyokong beliau sehingga ke saat ini.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Elf Coupons